Asbab Hidayah Tanah Tinggi PasiKarguzari(laporan jemaah) menyayat hati ini diceritakan oleh Hj. Musa.
Beliau menceritakan jemaah mereka bergerak dari
Masjid India di Kuala Lumpur kemudian diputuskan ke Medan, Indonesia untuk buat
usaha dakwah di sana selama 40 hari pada tahun 1983. Ketika khuruj bersama
jemaah ini, Hj Musa merupakan pelajar di UPM, Serdang.
Jemaah ini terdiri daripada rakan seusaha di Kuala Lumpur dan
Melaka. Setelah berada di Medan, jemaah mereka dihantar ke kawasan Pasi. Jemaah
juga melewati Kawasan Kabun Jahe, Beras Tagi dan Danau Toba serta Pulau Somasir
yang menjadi tempat tumpuan aktiviti pelancongan.
Amir (orang tanggungjawab dalam usaha dakwah
tabligh) di Medan memberitahu kepada jemaah sebelum berangkat, kawasan yang
mereka pergi itu belum pernah dijejaki oleh jemaah, jemaah merekalah sebagai
perintis usaha di tempat tersebut. Pada masa itu,
bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, selainnya adalah beragama
kristian, tidak ada agama (pagan) atau pemujaan-pemujaan semangat seperti roh
dan pokok-pokok. Jemaah telah buat usaha di masjid daerah Pasi.
Bersama mereka ada seorang penduduk tempatan yang berminat dengan
usaha agama, namanya Dermawan. Jemaah telah ikram saudara ini dan
sedikit sebanyak membantu jemaah buat program di masjid dan kawasan sekitar
termasuk ziarah dari rumah ke rumah. Pada hari keempat, Dermawan mencadangkan
satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tetapi perlu
menempuh perjalanan yang jauh. Tempat itu merupakan kampung kecil dimana semua
penduduknya Islam dan kerja mereka ialah menanam kopi yang dikatakan terbaik di
Indonesia.
Jemaah teruja dan bersemangat pergi ke sana untuk
buat usaha dakwah dan tabligh. Hj Musa seterusnya menceritakan pengalamannya. Maka
kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong
dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai
dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah
gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh
kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa
masjid, juga diperbuat daripada kayu dan papan yang agak lama.
Sampai di masjid kami mesyuarat dan terus
menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang
kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari
pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah
sebab mereka ni taknak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah
atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan
tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang,
rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada
mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal,
kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat
seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakan mereka tidak tahu
bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan
juga dalam bacaan mereka.
Halakah ini berjalan sampai ashar. Lepas ashar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar
ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut,
masyaallah mereka mengangkat tangan dengan bersungguh2 untuk buat kerja nabi
saw. Setelah minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya
siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar
kelebihan, begitu juga dengan juru cakap dan juga ameer jemaah.
Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus
datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah ke
magrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan
kanak2. Di antara mereka ada yg tidak solat magrib. Waktu bayan lepas magrib
semuanya duduk dengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah ,
semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah
kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat.
Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan
sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi
kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur,
teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam
sahabat nabi saw.
Pendek cerita besok subuh ramai yang datang solat
subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami
makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan
ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk
pergi semua rumah-rumah dikampong tu. Kami tinggal
disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak
pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat. Dalam masa tu semua rumah kami
tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke
masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang uang perbelanjaan untuk
keluar 40 hari tapi kami mesyuarat dengan cara membeli ayam, beras dan apa
sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka
makan, kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama
kami.
Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila
saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari
kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahaba (penunjuk
jalan) memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu,
setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak
faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia
berkata "bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya
kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia
datang jumpa saya dirumah yang buruk ini" itulah kurang lebih dialognya
pada saya. Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa
banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan
orang yang terakhir kami jumpa.
Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami
dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan
kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan
kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka
mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman, ubi kayu itu saja tapi
mereka ikhlas ikram kami. Masa untuk kami pulang ke Medan dah tiba, pada pagi
hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari ke Medan
seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki
perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amer sab sendiri telah beri bayan
hidayat (nasihat2 sebelum keluar khuruj) dan adab perjalanan kepada jemaah.
Disinilah suasana sedih dan pilu menyelubungi
penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menangis dan apabila amer sab mula
berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2
termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan
semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana
amer sab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram)
dengan tangisan berpanjangan. Selesai salam kami pun
berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja
kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami
sambil menangis, kami apa lagi lihat saja kanak kanak tadikaini menangis terus
saja menangis lagi kerana belas kasihan kepada mereka yang haus pada agama,
jadi kami doa semoga 11 orang yang ikut kami tunai 40 hari akan menjadi aset
untuk usaha agama disitu.
Setahun selepas itu di malam markas Masjid India
Kuala Lumpur ada bayan dari pada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan
taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan
saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan
belakang, bila ditoleh ke belakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil,
terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya "Pak
musa" bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11
orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri
karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat
maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3 hari, 11 orang dulu
tu menjadi tonggak kerja disana.
Begitulah bila usaha atas agama dibuat
sungguh-sungguh, yang dahulunya kurang mengenali agama boleh jadi dai yang
ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat Nabi saw untuk
buat pengorbanan diri dan harta atas agama Allah swt. Karguzari dari pada Hj
Musa yang lain boleh melawat blog beliau di Musa Kola Kedah , Wallahu a'lam.
Sumber
:Ahbabindonesia blogspot.in
0 Response to "Karguzari Jemaah khuruj ke Medan tahun 1983"
Post a Comment