Surat Dari Maulana Muhammad Talha
Anak Maulana Muhammad Zakaria. rah.a. Mengenai “MANZIL”
Ayat-ayat Al-Quran diatas dalam keluarga kami dikenal dengan nama
“Manzil”. Alim ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada
ayat-ayat tersebut dalam doa. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga
kami untuk melatih anak-anak kami menghapal ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah
Shallallahu alaihi wassalam tidak perlu dipertikaikan jika dibandingkan
dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan
kedua-duanya dalam amal.
Rasullullah telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau
keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi
amalan alim ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat
mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan
syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan
seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) teah disebut dalam
kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya
“Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan
seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan
dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan
lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar”
“Jika dikhawatirkan seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan,
tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher penderita. Jikalau
terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikkan air
tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat
“Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan
perhatian kepada Allah Azza Wa Jalla).
Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat.
Tidak diragukan lagi bahwa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandung terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar
oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat)
dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung
dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm
kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul
Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam
Ahmad,Hakim dan Tirmizi.
Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.
Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air. Air ini diminum oleh pesakit.
Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat. "Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu."
Antara Fadilat / Kelebihan Manzil
1. Mengelak / menyembuhkan penyakit akibat gangguan sihir, jin, syaitan dan seumpamanya.
2. Melindungi pengamal dan keluarganya daripada bahaya syaitan, jin, polong (gangguan makhluk halus), pencuri (melindungi harta benda), binatang buas (melindungi tanaman/ternakan) dan lain-lain.
3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.
Walaupun begitu setiap individu yang mengamalkan manzil ini kesannya tidak semestinya sama diantara satu sama lain. Semuanya Dengan Izin Allah!

articel by dzikir20.wordpress.com and present.me
0 Response to "AYAT MANZIL"
Post a Comment